NILAI POSITIF


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam entri ini, penulis ingin berkongsi sedikit apa yang terlintas di fikiran penulis, melihat kepada suasana semasa tidak kira sama ada dari sudut politik, sosial, dan ekonomi mahupun dari skop yang lain, sejauhmanakah tafsiran wawasan 2020 dan kemajuan Malaysia itu dapat di lihat dengan definisi yang betul dan matang dan dapat dicapai dengan perkiraan kematangan pemikiran masyarakat kita pada era ini. 

Penulis sering memerhatikan apa yang sering berlaku disekeliling dunia penulis dan berpendapat kemajuan intelektual rakyat itu sendiri yang perlu diberi penekanan untuk dimajukan berbanding memajukan dari sudut teknologi dan pembangunan perbandaran. adakah dikira maju sebuah bandar dengan teknologi yang hebat dan perbandaran yang canggih dengan sistem yang cukup hebat, hidup dengan banggunan yang tinggi-tinggi dan hebat, tetapi tahap intelektual pemikiran masyarakat dalam memberi respon kepada sesuatu perkara masih tidak mencapai tahap yang mampu seiring denga nama NEGARA berstatus MAJU . 

Melihat kepada apa yang berlaku, terlintas dikepala bahawa perancangan kewangan dan harta merupakan ilmu yang perlu ditimba dalam dunia kita dan kematangan diri perlu disemat mengikut umur semasa kerana formula bagi saya lebih gemar menyatakan bahawa sekiranya pada jangka umur semasa, tahap kematangan tidak selari dengan umur, maka permasalahan akan timbul dan positif menyatakan akan ada pihak yang akan terbeban dengan permasalahan itu yang asalnya dari ketidakmatangan diri kita, 

KEMATANGAN  = pengalaman hidup + cara berfikir + respon kpd masalah + membuat 

keputusan dalam pertimbangan + kebergantungan kepada  Allah.

oleh itu,( Km = Ph + T + Rm + kP + A )


sehubungan dengan itu, negara perlu membina satu persekitaran yang mampu membuka 

minda rakyat berfikir diluar kotak dengan lebih pandangan yang luas dan bijak dalam setiap 

tindakan dimana penerapan habit dan attitude yang bertamadun perlu di terap bagi 

mengubah lanskap persekitaran sosial negara ini.



(bersambung)



Comments

Popular posts from this blog

Kawan

Kisah seorang bergelar sarjana