Kisah seorang bergelar sarjana


Hari ini sept 2013, bermulanya langkah aku setelah ku rasakan angin tidak pernah singgah di diri ku, setelah duri menikam ku dan ombak menghancurkan harapan ku, aku menarik nafas lega. dalam keadaan yang masih belum sempurna suasana kehidupan aku.. aku bersungguh menyusun setiap strategi yang mampu dilakukan dengan menjadi seorang sarjana. keputusan di ambil setelah sedar akan bidang pendidikan yang menjadikan aku lebih muncul diri dan ada erti hidup.

sebelum ini, aku seperti tidak tahu kerja apa yang sesuai dengan diri aku. agak banyak juga yang aku cuba bagi mencari " apakah karier aku sebenarnya dalam hidup". siapakah aku dan kerjaya... aku pernah menjadi ahli perniagaan, kerja di sektor GLC, tabung haji, berniaga kecil2, menjadi agen takaful, bekerja di restoran dan agak macam2 juga. tapi itu pengalaman yang mengajar dan merasakan aku perlu mencari suatu yang memang kompleks dan aku mahu lakukan benda itu. rasanya.. mengajar... yapensyarah.

aku tekad untuk sambung belajar walau banyak benda yang aku mesti korban kan. banyak benda yang menjadi kenangan. (rasanya pembaca akan faham). aku redha dan ikhlas amik keputusan ini segalanya berubah. memang terasa itu berubah. "kehidupan". aku yang dulu amat berbeza dengan aku yang sekarang. kawan-kawan aku yang boleh dipercaya juga ada membantu aku untuk keputusan ini. aku mendaftar di UKM keseorangan tanpa ada siapa. orang pertama yang aku kenal nama dia zulhairi. walaupun tidak berapa rapat, memang Allah dah susun jalan cite yang dy mmg akan jadi kawan aku. aku menjalankan kehidupan sebagai pelajar pada usia 24 tahun.

pada semester pertama pengajian aku, aku cuba menyesuaikan diri dengan dunia yang sememangnya memerlukan kritikal dan dan mentality pelajar2 lain mesti beza2. pada kebiasaan nya aku kenal dengan ramai manusia, tapi yang aku nk masukkan dalam ni adalah orang yang aku lihat ad "something" pada dia dan ada la sikit orang tu memberi kesan kepada perubahan aku secara diam2 tanpa aku cerita kat orang. hanya disini sahaja.. Pertama, rakan sebelah bilik aku, nama dia aku panggil 'wan". dia agak sempoi dan tenang, dan matang . banyak benda aku belajar dari dia. then, zahid dan along. mereka ni sume memberikan gambaran kat aku banyak benda yang aku boleh berubah cara berfikir dengan lebih betul dan matang serta waras terhadap "dunia sarjana" so, mentality diorg memang beza dengan orang kebanyakan. rasa kalau berbual memang menunjukkan diaorang jenis orang ada ilmu bila berkata. tiada isi kosong. penuh dengan fakta.dunia aku kini berubah...  kemudian, aku kagum dengan perwatakan kawan, naim dan basit. agak terkesan dengan diorang ni sehingga aku berubah sikit2 dari banyak aspek. rasanya memang itu je yang kesan terbesar dalam hidup sarjana aku. jika kawan wanita, kak ain dan aini najihah la membe aku yang top dan banyak membantu dalam banyak perkara. yang lain kenangan yang biasa sahaja. Nama ini, aku ingat sampai bila2, Dr. Hakimi. yang menjadikan pemikiran aku  berfikir dari yang lain. HEBAT!.. kenangan yang ada, trip pergi pahang je la. membe aku kawin. aini najihah. then,majlis makan2 hujung sem.. sebelum sarjana, aku memang totally horrible dan too bad attitude and unlucky person. dalam family pon suam2 kuku. after all, now aku makin rapat dan positif dalam sume perkara. tenang dan sabar itu paling nampak berubah. cara berfikir berubah so diri aku berubah la.. ops, lupa. Abang zamzuri juga banyak ajar ak secara langsung banyak benda dalam hidup. Bagi nampak sikit mcm mne nak bawa watak sebagai lelaki. 

Semester kedua, ceritanya lebih suram dari pertama. pertama agak havoc dan happening sikit. sem kedua aku banyak keseorangan, hanya lebih banyak duk dalam alam maya. alam maya aku memang meriah. kali ni, sem lebih tenang dan tiada cerita pusing2 dan menarik sangat. biasa2 sahaja. aku banyak habiskan masa aku dengan apa yang aku nak buat sendiri. then knl la beberapa org . not bad. aku rasa mereka ini ada superpower.. ad benda yang hebat pada diorang ni. ok, move on cite. diorg mmg cool~ sem ni juga aku kenal dengan team hiking aku. baru je kenal dah mcm satu family. best giler!.. ledang dan nuang aku tawan dah. dato' dah lama tawan. dan aku harap aku leh daki lagi satu hari nanti. sem ni aku mula merangka langka untuk siapkan thesis dan task aku. kemudian apply kerja pensyarah. even kat kolej or mana2 x kisah sangat la. pokok nya mengajar dan kerja untuk anak bangsa dan negara. kawan seperjuangan aku dlu sume dah kawin, aku sorang je belum rasanya. sebab langkah aku memang panjang agi kot jalan cite dia. dan aku rasa memang itu jalan cita terbaik. aku pun memang suka kawin lambat sikit. hehe..then, timbul isu yang aku famous walaupun aku rasa x pon. so, tiba2 datang plak ramai kawan wanita.. pelik!. tapi benar. bagus la kawan ramai kan..  kira aku bantu la kn. diorang ni.   semester ini, orang kata aku reti bab psikologi dan aku sebenarnya tak tahu mana datang ilmu itu, sebab aku x baca sangat bab psikologi ni. tapi selepas aku lakukan bacaan buku psikologi, benda itu aku sedar ada gifted dari tuhan. aku x blaja dan baca tapi aku tahu dan paham banyak benda dalam psikologi, maybe pengalaman or maybe ilham dan mimpi. aku x penah blaja psikologi tulisan dan bahasa badan, tapi ilham datang. ini kawan2 yang cakap, aku rasa ye la kot. aku wat biasa je.. x rasa aku the best. biasa2 and humble. i,mnotthatguy. then, aku nak cite pengalaman aku masuk incharge karnival sukan kat fep ni. even aku rasa macam awkward moment, tapi moment ni sekarang tukar sebab coverage kawan aku sekarang memang makin luas sebab aku join ajak ni. too huge.. kenalan aku pon makin luas.. even dekan sendiri.. wow.. then, pengalaman aku semasa pertandingan berlangsung juga menyeronokkan. even ada la part2 yang x best bagi aku..tapi take positif la kn.. dan ukuran keatas diri sendiri.. aku improve.. haha.. sekarang aku nk fokus pada task dan exam. kemudian paper..
now, better day aku rasa dan aku rasa positif moment akan datang..

Sem ketiga!!!! Dh masuk sem ak fokus pada kertas ilmiah dan prosiding. Ak mulakan langkah dgn langkah kanan dan agak tingtong. Ak mula2 siapkan prosiding dulu.. Mcm seng jugak.. Org lain siapkan paper ilmiah dlu.. Tapi ak siapkan prosiding dlu.. Sebabnya.. Prosiding kat indonesia.. Haha terbang agi g indonesia.. Macam bagus je paper present oversea!!.. Haha.. So, dalam tempoh bulan 9 dan 10 , cerita ak x abis dgn prosiding.. Byk bnd la hadap.. Settlekan byrn la.. Siapkan paper la.. Last2 mmg rezeki ak g sana.. Oo yeah..
Then.. Byk nk cite. Tp simpan sendiri la... Sebab rasanya ak malas nk igt balik. Kira abis cite je.. Balik dari indonesia, ak duk relax dlu.. Konon amik nafas la konon.. Lama giler kot.. Ssbulan lebih x wat apa.. Mentang2 dh siap prosiding!!! Hampeh tul.. Dalam bulan 12 baru ak mula gerak cari idea n gerakkan tgn utk menaip. Siapkan kertas ilmiah or thesis plak...  Oo mai...!! Nak abis sem 3 la plak... Bulan 1 nk abis..? Bulan 12 baru tulis thesis??? Mmg x leh submit la ko... Baru terhegeh2 minta sign sv.. Cari sv bagai... Bulan 1 2015 la.. Rasanya mula pening dgn thesis... Mmg amik nafas panjang la... So in the end, ak pun SM.. Sedang maju status pengajian aku..  Kne la sambung next sem.. Haha moh la sambung sem 4!!! Cuti la oi bulan 2 ni... Hahaha

Cuti bulan 2 mmg betul2 cuti!! Thesis x sentuh apa pun.. Heaven gila. Hidup free mcm x hadap apa... Tapi ada la buka sikit2.. Dalam cuti ni la. Ak rasa boring.. So ak sje main2 cubaan anta apply R.A kat USIM.. X bajet pun dapat sbb sje send that email.. Suka2!!! Sebab bosan duk umah xd wat apa... Sekali ko!! Dapat la plak... Dh malas nk g.. Parent ak dok push suh g jugak.. Sebab ak xd wat apa.. Kemon la cuti.. Do something!!! She said.. Aku pun. G je la... Ikut ckp parent sebenarnya.. Layankan je la... Agi pun kontrak...  Sekali dh kat usim. Masuk dalam, dy bagi bilik sendiri... Dan mmg best la aku nk siapkan thesis aku. Mmg susun masa siapkan thesis.. Dari sem lepas siap hanya bab 1 .. Itu pun byk x betul.. Dan sikit2 bab 2 ... Dgn adanya opis sendiri... Laju je ak wat....
Bulan 3 dah masuk sem 4.. Sem baru. So ak go on je la .. Siapkan thesis dan keje sebagai R.A... Dalam bulan 3 je dah siap sampai bab 4. Then bulan 4 je ak dah siapkan bab 5. Sume ni sekali dengan kuar g collect data kat luar. Buat survey kat hotel.. Bulan 5 ak dah duk main dgn spss n bnd lain.. Duk keje analisis pusing sana sini... Kasi complete... Awal bulan 6 ak dah gampir complete!!! Tapi anta aritu.. Kne edit balik.. Buang tu. Tmbh tu... Ok . layankan jela .. Pop!!! Tibe2 offer kontrak keje dtg .. Naik jawatan pegawai penyelidik? Ak pegawai??? Pegawai penyelidik plak tu.. Uish.. Nice to ponder..

So, ak dalam rangka keje sebagai pegawai penyelidik dan tinggal siapkan thesis ak yg dh nk siap tapi ak pening sendiri.. Langgar je la..!!! Kne rajin jumpa supervisor la gini... Project pun byk kat depan.. So jalan je la...

-bersambung-

HIDUP ITU LUAS DAN INDAH JIKA TAHU DEFINISI YANG TEPAT.

Comments

Popular posts from this blog

Kawan

Pesanan